BAJET, TIPS & ITINERARI KE BELITUNG, INDONESIA




Bajet, Itinerari & Tips ke belitung

novel ringkasan laskar pelangi

Korang pernah tengok tak cerita Laskar Pelangi ni? Sebelum korang datang pulau belitung ni, korang wajib tengok cerita ni. Sedih gila 😭

Ok kalau korang dah tonton cerita Laskar Pelangi, ayuhh kita!!! hehe..Nanyi yok


original anak-anak belitung


Mimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya

Laskar Pelangi
Takkan terikat waktu
Bebaskan mimpimu diangkasa
Warnai bintang dijiwa

Menarilah dan terus ketawa
Walau dunia tak seindah syurga
Bersyukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia
Selamanya

Cinta kepada hidup
Memberikan senyuman abadi
Walau hidup kadang tak adil
Tapi cinta lengkapi kita

Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
Jangan berhenti mewarnai
Jutaan mimpi di bumi

Jom Kakdolly share bajet ke belitung dan tips2 best kalau korang pergi sana. Jujur cakap pergi sana 3h2m pun dah puas. Kalau 4h3m terlebih puas hahaha. Sebab tempat dia kecik je. 1hari habis pusing dah. Ok jom baca bebelan Kakdolly 😆

BAJET KE BELITUNG

1st - Tiket airasia 



Penerbangan ke belitung bukan setiap hari ada. Harga tiket kalau korang dapat bawah RM200 tu murah sangat dah tu. Standard price RM250-350/pax return.

2nd - Hotel



Untuk hotel ikut taste korang la nak macamana. Hotel ambil area bandar je..Kakdolly suggest korang amek hotel ni. Sebab dekat dengan night street nak mengopi dan lepak2. Ada life band lagi. Nama hotel tu Golde Tulip Essential Hotel. Hotel 4star hehehe. Harga korang refer agoda. 

Tapi waktu trip ni, Kakdolly stay hotel 3star je. Hotel Bw Inn dekat bandar. Konsep butik. Cantik kemas dan melecun. Sangat ok dah untuk berehat, honeymoon berdua-duaan bergurau senda kihkihkih 😋

3rd - Transport



Dekat sana takde public transport korang nak naik bas atau tren tau hehehe..korang kena sewa kereta (siap supir) atau korang sewa motor. Kakdolly decide sewa kereta je. Sewa avanza. Malas nak hitamkan diri naik motor haha. 

Oh ye, belitung ni kan kecik je. Dari hujung ke hujung peta belitung ni ambil masa 2jam++ kalau nak kereta dengan pemanduan berhemahlah kihkih..kalau merempit dengan kelajuan luar biasa, maybe 1jam je. Rugilah bawa laju2, sebab tak dapat nikmati suasana kampung dekat sana..fuh best wey!

4th - Makan



Paling teruja! makanan sana, cara masakan dia tak lari dengan rasa asli makan malaysia. Siapa pernah pergi bandung, bali, medan dll daerah indonesia mesti tau. Selalunya kan setiap negara pasti ada rasa dia yang kita boleh kenal. Tapi belitung ni persis malaysia...padu padu! Siapa pengemar seafood? Sana mewah seafoooooooddddddd mur mur pulak tu

5th - Snorkeling



Ha, ni part paling ramai nak tahu cantik ke tidak pulau belitung. Of kos cantik. Belitung ada keunikan dia juga. Jernih biru hijau airnya. Pasir pun gebas gebus. Kalau nak suruh Kakdolly compare which pulau the best, susah nak cakap. Semua ada identiti tersendiri tentang kebestan dia. Apa-apa pun pulau belitung best! Lagi best, saya tak jumpa tourist mat salleh bersepah2..tourist majoriti adalah orang tempatan sendiri which is dari jakarta, dari bandung dan seantero. So best best!

Saya waktu ni book pakej ke 
-pergi pulau kepayang  (lunch seafood sedap dekat sini)
-pulau garuda
-pulau kelayang (ada gua, ada hidden tempat mandi. cantik gile dalam tu!)
-pulau lengkuas (cantik amek gambar, minum air kelapa dan makan goreng pisang panas2)
-pulau pasir
-pulau batu berlayar

Mostly orang pergi belitung pergi pulau2 ni. Pulau Leebong yang filem cerita remy ismak tu saya tak pergi. 

Tapi pulau pasir takda rezeki, sebab air tinggi, pasir nya ngakk ada. Tenggelam sudah hahahah

6th - Sourvenir



Seriously Kakdolly blur nak beli apa bila sampai sini hahaha. Takde apa nak dibelinya. Kakdolly gemar beli fridge magnet je sebagai tanda dah sampai negara tu. Fridge magnet yang dijual pun banyak gambar kura-kura, gambar ikan hahaha..memang takde ciri-ciri belitung. Kakdolly tak beli lah. Untuk elakkan frust, husband beli jela t-shirt belitong. Actually t-shirt2 ni kami jarang beli untuk kumpul sebagai kenangan negara tu.

Dalam frust2 tu, tiba-tiba ternampak satu kedai ni, dekat je dengan hotel, kedai ala-ala hipster, saja la masuk. Masya-Allah ada jual fridge magnet identiti laskar pelangi. Happy bukan kepalang ahahha..baju-baju dia jual pun melecun-lecun & hipster. Husband dah menyesal hahaha. Corak-corak dia memang hipster style lah! Saya lupa nak snap gambar kedai tu. Tapi memang seberang hotel je Bw Inn. Kedai dari luar memang look hipster.


Percaya tak, pergi sana korang tak perlu bawa duit shopping banyak-banyak. Bawa RM20 sorang pun cukup hehe. Kakdolly betul-betul spend beli air coffee & fridge magnet haha. Takde nak shopping kain, tudung, telekung. Disana memang takde. Jadi save duit korang kihkih.


Ok lets kita terus ke itinerari Kakdolly sepanjang dibelitung...ayuhhh!

ITINERARY BELITUNG 3H2M

Hari 1 
-sampai belitung jam 1145am (perjalanan dalam 1jam 45min)
-supir dah tunggu kat luar & pegang tanda nama syarikat wuuuu..macam VVIP rasa haha
-terus pergi lunch 
-tour belitung 

  • rumah adat
  • muzium belitung
  • danau koalin
  • sekolah laskar pelangi SD (favourite place, sini replika sekolah cerita laskar pelangi)
  • muzium kata andrea hirata (rumah parents penulis buku laskar pelangi, best sangat sini!!!! , then ada sekolah sebenar laskar pelangi)
  • rumah keong
-checkin hotel
-makan malam & zzzzzz


Joms layan gambar-gambar hari 1 :


Sampai airport Tanjung Pandan, Belitung. Kecik je airport dia


Rumah adat

Danau Koalin

Rumah keong. Cantik untuk ambil gambar. Tiada apa-apa sejarah disini


View tasik dekat rumah keong. Tenang tapi ada rasa takut haha. Buatnya ada ikan besar muncul hahah. imaginasi melampau

Smart ambil gambar dan buh kat ig haha


Replika Sekolah SD Muhammadiyah - Cerita sedih Laskar Pelangi



 Biasalah ambil gambar kena lah poyo. Haha. Kita kena ikut jiwa hispter. Ini gambar dekat dalam sekolah replika Laskar pelangi

 Kebetulan anak-anak belitung bermain dekat sini, Kakdolly ajaklah dorang candid gambar. Bagus mereka ni, beri kerjasama yang baik haha



 Tengah galak nyanyi lagu Laskar Pelangi

 They love to be love. Ko suruh lah posing, dorang onz je. Suasana dekat luar sekolah replika Laskar Pelangi

Cannot hug hug ok. Kihkih


Depan pintu masuk Muzium Kata Andrea Hirata (rumah parents penulis buku ni)

 Ini sekolah sebenar cerita Laskar Pelangi. Bila masuk sini je terus sebak. I dont know why. Susahnya mereka dulu nak belajar 😭 Teringat watak lintang yang bapak dia nelayan

Sekolah percuma

Tabik sangat. Andrea Hirata memberi manfaat kepada orang lain.

Dalam muzium ni banyak kata-kata mutiara

i wish all of you akan sampai sini

Sila muntah hijau 😜

Ambik kami jadi pelakon okeh 😁

Hari 2
-sarapan hotel
-snorkeling timeee!!! wehuuuu 
Korang pakai la baju princess-princess dulu, ambil gambar. Bawa beg kalis air + baju snorkeling + baju sepersalinan lepas snorkeling. Kakdolly pakai je balik baju princess haha. Malas nak bawa banyak2. Yang penting sunblock ye uollss. Kakdolly tak sanggup muka burn teruk, even pakai sunblock tetap burn. At least tak heavy burn lah.
-lunch seafoooddddd mewah
-beli ole-ole 
-balik hotel rest
-makan malam dan jalan-jalan bazaar night (boleh lepak-lepak tengok live band sambil pekena coffee secawan..padu padu)

Jomss layan gambar hari 2 :


Sarapan dulu dekat hotel. Makan dia sedap dan kenyang. Menu standard ada nasi, bihun, bubur, roti, telor omellet, coffee & dessert

 Snorkeling time. eh tapi pakai dress haha..sebab kita nak posing-posing ambil gambar dulu. Ada photoprapher tau kalau ambil pakej dengan Kakdolly

Sambil tunggu bot, lepak kat buaian ni. Nasib AbamG tak snap gambar Kakdolly jatuh buai hahahaa.. kecik beno buainya, bontot tak muat 😂

1st singgah ambil gambar dekat Pulau Garuda. Photographer dah ada, kita posing lah. Time ambil gambar ni jangan risau, bot tu benti kejap. Haha..tak tergolek insha Allah 😍

Masa kawin takde gambar pre-wedding. Time ni kita pulun buat haha

bestnya trip ni, bot tu kami yang punya. tak campur guest lain. Private trip!

Sekali sekala. Bagi canssss posing. Layak jadi model untuk laki sendiri je 😁

2nd pulau kami turun Pulau Lengkuas. Pasir gebusssss. Sini port amek gambar dan ada port minum air kelapa & goreng pisang. Lagi best, korang order baru dia masak. Panas-panas dia bagi. Padu padu!

Korang tinggal posing je ala-ala pre-wedd 🙈

Gambar tak masuk kepala tu normal. Laki Kakdolly snap ni. Maapkan jelah

Tak tahu nak posing macamana dah

Panas sangat time ni. Air pun berkristal tengok. Fuh. Mata tak lalu nak bukak dah hahaha

Ok lah, ada la sikit romantic posing nih😂😂

Jangan lupa posing ala-ala model tau. Haha..Sis cuba 🙆

Sekian strugglenya daki batu-batuan 😂😂. Habis photoshoot, nak pergi tukar baju snorkeling pulak. Nak berenang dengan ikan nemo

Ha ni lah air kelapa + goreng pisang panas-panas. Sedap layan! dengan view panorama pantai lagi..nikmat

snorkeling time. cantik-cantik coral kat laut. besar-besar pulak tu

AbamG sebenarnya nak muntah haha. So Kakdolly posing sorang jela. Dalam air pun photographer ikut turun hehe

3rd - Pulau Kepayang. Dah penat snorkeling, kita pergi makan pula. Makan seafooodd. Ada ketam, ada sotong fuhh! Makan dengan view pantai sejengkal tu. 

Tempat makan dekat Pulau Kepayang. Anak-anak nak main pasir pun boleh.

4thn - Pulau Kelayang. Kat sini hidden place. Mandi dalam gua. Cantik betul sini.

Sangat cantik gua dalam air ni. Tapi waktu ni camera cam buat hal hehe

Kalau korang google Pulau kelayang ni mesti korang nampak cantiknya...uwaaa camera tak tahu la time2 ni dia buat hal hehe.

5th & 6th sepatutnya pulau pasir dan pulau batu berlayar. Takde rezeki nak sampai. Air tinggi. Pasir tenggelam sudah haha

Selesailah trip snorkeling yang indah berdua-duaan




Last pit stop. Pergi ke tempat shooting cerita laskar pelangi. Part anak-anak berlari tuh. Yang tengok paham lah hehe

Malam lepak kejap dekat street pekena coffee tak berapa nak jantan kihkih


Hari 3
-sarapan hotel
-checkout & mencari mee belitung (makanan identiti di sana)
Rasa dia persis mee jawa..kot. haha. Korang wajib try. Baru lengkap trip korang. Sedap jangan risau. Kena dengan tekak.
-balik msia jam 1210pm
Bye-bye belitung..jumpa lagi.

TIPS KE BELITUNG
1. Sesuai untuk mereka yang cintakan kekampungan dan pulau. Kalau korang city people not suitable. Kat sini bandar tak berapa nak hidup. 100% kampung people. Jiwa nature & jiwa suka sejarah sesuai disini

2. No shopping2..sebab tu RM20 dah cukup sangat lepak sini. Asalka semua booking dah bayar dari malaysia (hotel, transport, tiket, pakej all in siap makan)

3. Takyah bawa makanan dari malaysia. Makan sini mewah seafood dan kena dengan tekak orang malaysia. Masakan dia persis orang malaysia.

4. Datang sini, tak perlu beli bagasi huhu. Balik tangan kosong. haha. Bawa fridge magnet 5biji & baju belitung sehelai je 😁 Tu pun nasib jumpa

5. Bawa anak sesuai tak? Saya risau anak korang boring je..hehe. Sesuai sangat untuk BFF trip + couple yang sah berkahwin datang.



TOTAL KOS HANGUS 
1. Tiket Airasia - RM170/pax
2. Hotel Bw Inn - RM141 (2mlm)
3. Tour + Transport 3hari + Snorkeling + Airport transfer + Makan - RM560
4. Shopping - RM20 hahahaaha

Total 1pax : RM891/pax


Actually harga tiket Kakdolly dapat murah dari ni. RM43/pax jer. Hotel pun kalau korang choose yang sekadar tidur dapat RM80 jer. Kakdolly taknak kena kecam kalau cerita pergi belitung serendah RM500 haha. Jadi kita cerita benda berpijak di bumi yang nyata. Nak dapat tiket murah bawah RM200 ofkos kena grab time offer. 

Kalau dah holiday tu, dok hotel at least ok sikit. Kakdolly tak minat nak cerita benda korang kena struggle cut bajet sana sini. Kita cerita kos standard jela ye..hehe. Supaya korang tak tertekan dengan kos RM500 boleh pergi belitung. Realitynya standard kos at least RM1000/pax untuk ke belitung all in tau!

Ok lah, sampai di sini sahaja bebelan Kakdolly. In sha Allah kita bebel route lain supaya korang dapat ilham nak susun macamana perjalanan korang. Stanby money untuk grab segala mak nenek offer. Jangan lupa menabung!!!!

Tips menabung
RM1000 / 120hari = RM8.40 jer sehari. Cukup 4bulan fly fly away haha
(belajar untuk buat side income)

Kalau dah pening sangat nak beli tiket tak reti, nak book hotel tak pandai..lepas tu geng-geng yang nak ikut semua jenis nak goyang kaki jer..lagi sakit kepala, semua jenis nak bertanya jer, google malas. Itu kritikal dah tu hahaha.. Elok korang book pakej je. 

Eh, jangan terkejut Kakdolly offer RM990/pax 3h2m sebijik macam kakdolly cerita atas ni. Syarat min 4pax dewasa, on trip. Kakdolly setup A-Z. Korang just bawa duit belanja RM20 jer. haha

Pilihan ditangan korang. Nak pergi sendiri Kakdolly share, nak pergi pakej under Kakdolly pun bisa aja. Mana korang suka ikut korang. Pm tepi nak tanya lebih-lebih sebab nak pergi sendiri, Kakdolly tak dapat nak entertain hehe. Kita share dalam blog je. Lebih-lebih info uollss google jela ye. 

Lupa nak habaq, ambil pakej dengan kami, kami bagi Percuma CD gambar-gambar yang supir kami rakam sepanjang trip (dia akan jadi photographer korang). Korang posing je haha. Kalau rombongan 10orang, pandai-pandailah korang ambil perhatian photographer Kakdolly yer. Jangan expect hasil gambar lighting macam PRO bayar RM1500/3jam tau 😝. 

Sekian,
Thank you guys sudi baca bebelan Kakdolly sampai habis. Ada rezeki kita share route lain pulak. Plan betul-betul supaya holiday korang seronok! 

Love 😍

Follow FB & IG Kakdolly untuk info :
FB : https://www.facebook.com/kakdolly/
IG : https://www.instagram.com/kakdolly/











BAJET, TIPS & ITINERARI KE BELITUNG, INDONESIA

Bajet, Itinerari & Tips ke belitung novel ringkasan laskar pelangi Korang pernah tengok tak cerita Laskar Pelangi ni? Seb...