BAJET DAN ITINERARI KE TOKYO, JAPAN

NEGARA MATAHARI TERBIT 6H5M (5-10/10/2018)

Trip ke Tokyo, Japan dirancang 2017, tunggu punya tunggu offer, akhirnya MAS buat offer terkejut-terkejut Feb2018. Offer ke tokyo RM1229 pergi balik sorang. Duit tabung dah ada, terus beli. Kakdolly akan plan betul2, tahun 2018 nak g mana, jadi tabung dah prepare (menabung sikit2). Plan 2019 pun dah ada ni..hehe. Jom kakdolly share pasal trip ni untuk mudahkan korang ke jepanggggggg...konichiwaaaa..hait hait hait 😚

PERSEDIAAN KE TOKYO, JEPUN

1. Passport - pastikan sah 6bulan dari tarikh terbang 


2. Tiket Penerbangan - Kebiasaannya Offer MAS RM1229, Offer Airasia RM700-800. Kalau lebih dari tu harga biasa.Nak grab offer tips die ready duit je..jadi menabung dari sekarang utk part tiket ni.



3. Booking Hotel - Agoda/booking
-saya tak pilih airbnb sebab ada banyak isu owner cancel booking
-saya duduk macam2 hotel ada sebab, nanti saya cerita ya. Jadi kami banyak pindah randah sampai nak tercabut roda bag kak dolly. Terpaksa kak dolly beli baggage baru made in japan.

APA HOTEL NIPPORI RM376.04/malam

APA HOTEL SHINJUKU GYOEMAE RM339.82/malam
SHIKI NO YADO MOUNT FUJI RM393.37/malam

4. Makan - roti, sardin, tuna, ikan bilis, sambal2, jem roti, biskut mayat, 3in1 coffee, biskut dan jajan2
5. Ubat 
6. Kasut - sport shoes WAJIB! labur sikit beli yg super selesa (skechers best!)
7. Sewa pocket wifi ROAMING MAN di KLIA - booking thru klook.com

RM12/day x 7hari RM84. 24jam buka

8. Download APPS 
Senarai APPS yang kakdolly guna di jepun

DAY 1 - 5/10/2018

Penerbangan kami jam 950am, parking kereta di ERL putrajaya. Harga RM6/hari. Perjalanan dari KL-Narita Tokyo 7jam 20min. Kami tiba di Narita airport jam 6petang ++. Sana cepat 1jam. Contoh malaysia jam 5petang, dekat jepun jam 6petang. Tapi kul 6 petang di japan dah gelap gulita. Takpayah bawak lampu suluh. Walaupon dah gelap bandar diorg hidup dengan lampu2 kedai yang sanga terang dan banyak.

HIS TRAVEL TINGKAT 4, SUNWAY VELOCITY MALL (sebaris dengan sushi king)
Saya awal-awal lagi dah book Train Airport pergi balik naik SKYLINER + unlimited pass Tokyo subway 72jam 5400y=RM210/pax dengan HIS Travel Malaysia. Nak beli pass ni dekat malaysia tau. Banyak branch. Kakdolly pergi dekat Sunway Velocity Mall. Lepas beli, dia akan bagi voucher. Voucher tu korang bawa ke HIS airport narita untuk claim TIKET.
Malang tak berbau...sebaik je kami sampai airport, SKYLINER shutdown operasi haritu, katanya break rosak. Semua train dari airport tak beroperasi. Jadi ramai terkandas. Jadi tiket kami tak valid dah. HIS dari narita cakap nnt mereka akan refund duit balik kemudian 😞. Kami dan orang2 lain yang nak naik train tu terpaksa tukar alternatif naik Bas. Terpaksa keluar duit lain untuk beli lagi tiket bas dan tiket unlimited pass Tokyo subway 72jam tu.

First kak dolly nmpak idoklah org jepun nie helper sgt..org kaunter HIS TRAVEL kat narita tu mcm malas nak layan kami yang terkapai-kapai xtau mane nak cari tiket bas. Duk citer cakap x boleh claim, train problem.. u can go by bus using skyliner...sambil tunjuk2 arah kanan.. geram je tgk dia..rasa nak suruh abam dolly pegi slow talk je.. memandangkan trip baru bermula, masing2 wat-wat happy dah sampai tokyo walaupon masih tersadai di airport narita..haha.


redha dan gambar tetap senyum sampai telinga. padahal tgh pening2 lalat lagi nie nak pegi hotel naik apa..haha


ni la Unlimited Pass Tokyo Subway 72jam



tiket bas dari Narita Airport → Tokyo Station
Bas tiket Oneway dari Narita Airport → Tokyo station : 1000y=RM36.80/pax
Unlimited Pass Tokyo Subway 72jam : 1500y=RM55.20/pax

Tiket bas kami dapat jam 9.45pm, agak cuak juga sebab perjalanan dari narita airport ke tokyo station ambil masa 57min, lepas tu nak kena kejar subway(train) ke hotel pula. Subway last jam 1130pm. Memang amazing race kitorang waktu ni. Beg berat, stroller kena pikul, qawi kena kendong hahahaa.. tangga je sana. nak cari lift dah berpusing2 jauh. Kalau train skyliner berfungsi, confirm naik train terus sampai hotel, sebab station dia 3min je jalan kaki ke APA HOTEL NIPPORI tu. Apa pun hikmah dapat gak kakdolly kuruskan seinchi lemak kat pinggang ni wakakaka.

gigih tengok maps. masa dah suntuk, waktu ni jam dah nak dekat 1130malam. kene cepat nak naik train mana

ni route tokyo subway. korang download sesiap. kakdolly guna apps ni sepanjang trip guna pass tokyo subway unlimited 72jam tu. Jimat dan touch jeeeee...xyah pikir.


route Tokyo Subway ni hanya Toei Line & Tokyo Metro Line je boleh guna. JR yamonate line tak boleh. Kalau nk jimat pakai pass macam kakdolly beli ni. Tapi memang penat dia ya rabbi 😓 nak putus betis ni haha.. Kalau nak senang tapi mahal sikit, kakdolly suggest korang beli kad Suica(macam touch n go-boleh beli dimesin). Boleh touch JR Yamonate skali. Naik JR semua dekat2..cuma kos mahal. Contoh iti kakdolly, kalau beli Unlimited Pass RM55.20/pax untuk 3hari. Kalau kad Suica ikut iti kakdolly kos dalam RM120++/pax.

Alhamdulillah kami selamat tiba dihotel dekat jam 12tengahmalam, kaki penat sangat2, luggage kakdolly tayar pun dah senget2 hahaha. Adoi dah kena beli luggage baru made in japan 😁. Hotel APA NIPPORI ni cantik cuma kecik. Standard la kan. Berlaga2 bontot hahhaha...takpe baru la mesra laki bini..langgar2 manja wakakaka.

sib baiklah rakan-rakan kak dolly dah bawak bekalan lauk pauk menu orang jawa.. semua pedas2.. asyik!! kami beli nasi kat family mart dan terus panaskan kat microwave family mart. 

DAY 2 - 6/10/2018
handbag tetap..pergi mana mesti angkut dak kecik ni.

Jam 10pagi kami bergerak keluar. Destinasi yang kakdolly dah plan nak pergi adalah :
🔎Beli tiket bas ke Mount Fuji di Shinjuku Expressway Bus Station
🔎Ginza - misi makan Luxe Lobster dan shopping di Uniqlo 12tingkat
🔎Harajuku - takeshita street cari biskut kapal
🔎Shibuya - crossing zebra dan lepak starbucks

Cara nak pergi meh kakdolly ajar :
1. bukak apps TOKYO SUBWAY, masukkan je dari mana nak kemana, then tekan search

2. nanti kuar gini, korang boleh tahu, nak ke GINZA kena turun transit cari line kelabu pulak, then sampaiiiiii...yahoo!
sepanjang nak sampai ke satu2 destinasi, korang kena berjalan kaki bawah tanah jauh2 hahahaha..😆makin kurang inch pinggang kakdolly. seluar longgar ok..kihkihkih

 tengah tunggu train..yang lagi dua tu tengah update pesbuk lettew😉

kami naik train bukan waktu puncak(waktu orang pergi kerja). waktu ni dekat jam 11pagi.

Jom kita tengok pic2 day 1 :
🔎Beli tiket bas ke Mount Fuji di Shinjuku Expressway Bus Station
kami plan nak ke mount fuji pada 9/10/2018, beli awal sebab nak tiket pagi. Selalu tiket pagi cepat habis. Jangan beli lambat, nanti korang dapat tiket petang2, dah rugi huhu. Kami book jam 9.05am. Perjalanan ambil masa 2jam. Harga tiket return 3500y=RM129.50/pax

nanti korang dapat tiket camgini..simpan elok2..jangan hilang..mahal tix haha

🔎Ginza - misi makan Luxe Lobster dan shopping di Uniqlo 12tingkat


sampai je bandar Ginza, perkara korang nampak macam dalam gambar ni normal. mesti ada dalam team korang yang pantang nampak posisi menarik dia nak posing. Korang kena trained laki korang untuk cekap snap gambar hahahhaa..nasib bawa kawan2 ada fungsi, kasut qawi pun dia tlg pakaikan

gambar nie backgroud mmg cantik sebenarnya, kami dah suruh org jepun tu amik gambar side tepi.. tapi apakan daya

 qawi syok berlari2. area sini jalan tutup weekend. jadi boleh la berlari kiri kanan depan belakang

makan onigari, dia blueekk kan aje. qawi tak suke ahhaha

 bawa anak ni, perut die kena kasik kenyang dulu supaya tak meragam

papa and qawi

its ginza

LV oneday maybe?

beli product apple beratur orang...

depan kedai Luxe Lobster

dorang bertiga gambar paling banyak dalam hp. gambar bini2 bertiga kemain susah dorang nak snap 😬

sedap hingga menjilat jariiii..masa tengah makan jatuh plak satu butir..rugi2 😀

Harga sebiji roti Luxe Lobster ni 1580y=RM58.46/pax 😔

Uniqlo 12tingkat...gila shopping kawan2 kakdolly. kakdolly dok tepi je kihkihkih

Sepanjang di Ginza ni, apa kakdolly ley simpulkan. Tempat dia macam Pavillion KL. Barang2 branded, channel, LV, Hermes, Coach dll. Kalau korang datang sini, boleh la shopping2 sini..mencari barang rare yang takde kat butik malaysia, ley lah g sini. Harga? Kami hanya survey Uniqlo je. Kawan kakdolly cakap mur mur dari malaysia. Contoh baju Hana Tajima Uniqlo, kat msia RM199, kat sana around RM70++.. banyak tak beza? hahahah..nak g lettew 😄

haaa ni la baju Hana tajima. tapi kawan kakdolly beli kat malasyia RM199 kahkahkah..sebabkan frust, dia balun shopping kat uniqlo banyak2 😂

🔎Harajuku - takeshita street cari biskut kapal

peluk laki bini masing2..qawi mana..? tido hehe







lautan manusia..


Kalau korang nak ke Harajuku, naik subway nama station dia "meiji-jingumae (harajuku), exit 3. Keluar station korang terus ikut je arus manusia yang ramai2 tu...kalau korang naik JR Yamonate, turun Harajuku, keluar je terus sampai pintu gerbang ni. Jangan lupa selfie depan street ni.. wekeend ke, weekdays ke, tetap lautan manusia ni ramai. Pagi petang dan malam, penuh manusia hehe.

Sini shopping agak mahal, kami datang sini nak cari biskut kapal 59y satu. Tapi misi gagal, kedai tu cakap dah tak jual dan takde offer. Kena beli kat Family Mart je. Kat familymart 106y satu. Beza nau harga. Pejam mata borong jelaaaahhh...siapa nak? hehe

Dari pintu gerbang Takeshita ni, korang pandang belah kanan, ada butik Skechers..kemain borong semua beli kasut. Murah dari malaysia rm100-150 tau. Jadi pakat semua beli..2nd item dapat lagi diskaun 20%. Terus laki bini kena beli 🙈...

ramai bibik kakdolly tolong sarungkan kasut

dak2 skechers ahhaah..beli kat sini siap dapat beg kasut ni.

🔎Shibuya - crossing zebra dan lepak starbucks
Dari Harajuku Station → Shibuya Station, 1station je dan dekat sangat. Sebab dah malas sangat nak menapak kearah subway, kami decide jalan kaki je 1.4km = 17min. Sambil menapak sambil menyinggah kedai kiri kanan.. time tula qawi ni yakyak..hahaha.

street dekat shibuya

view dari STARBUCKS

shibuya crossing..10x ulang alik nak ambik gambar, hasil hampeh hahaha

ready nak melintas


DAY 3 - 7/10/2018
🔎Ueno
-ueno park - ambil gambar
-ameyoko street - hunting anello beg dan gshock
-ayam ya halal
-masjid assalam

🔎Asakusa 
-nakamise street
-senoji temple

🔎Akihabara
-gadjet&anime - nak cari 2nd hand macbook air
-donki mall - macam daiso, 5tingkat


ready for day3

Jom tengok gambar2 day3 :
-Ueno Park (turun di Ueno)





bapak n mak angkat qawi..tq mummynis n daddyausss

Dekat sini kalau korang datang musim luruh & bunga CONFIRM cantik!! kami datang bunga masih macam pokok malaysia kihkih..jadi snap2 gambar kejap je, then terus keluar..semua dah kelaparan. 

Dari ueno → Ayam-Ya halal jalan kaki je 1.3km=15min. Google maps aje..sebab tu wajib ada wifi/simcard. Dalam trip kena ada kerjasama untuk tolong google, jangan kau sorang je nak main hp update fb/ig. Nak harapkan sorang je google maps tunjuk arah. Kerjasama penting...trip backpack, semua kena terlibat cari jalan...bukan trip backpack, 1-2je gigih buat, lain holiday macam pergi pakej pulak yer...hamboihhh sangat 😝 jom kakdolly lanje Ayam-Ya


depan kedai Ayam-Ya

nak tempah makan guna mesin. Simple je, masuk duit, tekan nak makan apa, nanti keluar resit. Resit tu bagi dekat kaunter.

Maggi kari 2bungkus bak kata laki aku. hahahaha

Laki kakdolly cakap rasa dia macam maggi masak 2bungkus..kihkih. Jujur dari kakdolly tak sama pun macam maggi. Ramen dia ofkos sedap dan tebal. Portion memang kenyang. Harga cam gitulah bila diconvert..haahaha 950y = RM35.15 semangkuk

happy face kenyang. Lepas ni nak cari beg anello dan gshock!

Sebelum mulakan perjalanan habiskan duit, kami cari tempat solat. Baru tenang nak berjalan. Ini bumi Allah..dari Ayam-ya halal → Masjid Assalam 110m=2min jalan kaki je.


solat jamak taqdim. Sana waktu solat awal. Zohor jam 1135pagi


 gambar imam besar masjid assalam

ok moh kakdolly lanje Ameyoko street..
-Ameyoko street

Macam orang gila nampak beg original mur mur. Jual cam gini je..cet. Nak beli mula2 sangsi..belek2 sampai dalam beg, memang original. Ada label carrot campony dalam beg. Zip pun smooth. Dah google memang 100% original even made in china. So terus sakan pilih. Masa tu dah ada rasa nak open order, tapi memandangkan taknak serabut nak entertain orang, jadi cancel niat tu. Kakdolly share jela ye nama kedai, korang ley lah stanby pulus untuk datang sini dan open order. Servis cas belikan jangan lupa ambil. Hidup ni biar amal jariah sedekah saluran betul hehehe..part2 belikan biarlah berbayar ye dak..servis peluh tiak tau!


kedai anello ni murah. boleh nego price. kitorang dah jalan kedai lain mahal sikit. sebelah kedai anello ni makan halal Chicken Man

dusty pink cannot tahan. Haha. Harga 3700y = RM136.90. Katanya kat malaysia kawan beli RM300++ (big saiz)

Tq shuben coz tak pernah bosan menunggu sis shopping



bibik stylo qawi..tq wak er :)







gschok memang kene compare price dengan kat malaysia. Jimat RM200 keatas, berbaloi korang rembat. 

🔎Asakusa 
-nakamise street - cancel
-senoji temple - cancel

Patutnya nak pergi tempat ni, tapi sebab semua pun otak dah asik nak menyopping aje, Asakusa Cancel, tempat ni pun ada street market dan ada temple untuk bergambar. Jadi kami teruskan misi ke 


🔎Akihabara
-turun di akihabara stesen
-gadjet&anime - nak cari 2nd hand macbook air

mision utk cari 2nd hand macbook air gagal sebab banyak kedai dah stat nak tutup. so kami ada banyak duit lagi. ikutkan 2nd hand macbook kami jumpa satu-satunya kedai tu dah murah..tp x dapat compare ngan kedai lain dan dah bejalan jauh. so abaikan macbook. perut dah lapar.


ni lah satu2 nye kedai kami jumpa jual 2nd. Tp harga tak ngam sangat..mahal sikit

qawi dah boring dalam stroller, jadi panjat2 la papa..

amboi bang mata tu...

Waktu nak sampai ke sini, buku lali ni rasa nak tercabut dah..sebabkan misi memang nak cari macbook air 2nd, gagahkan kaki semua orang, lets go! Malangnya jumpa satu kedai je..banyak choice, tapi tak kena apa yang diingini. Anak cacing dalam perut pun dah mintak disuap, jadi kita terus pergi makan. Sini ada makanan halal. Coco curry house..pada anak tekak kakdolly sedap. Ayam crispy..hehe..tapi kawan2 kakdolly tak brapa sangat. Jadi tekak masing2 hehe. So for me sedap..layan

kecik je kedai dia, 14orang je boleh masuk..haha

muka memang dah penat sangat

nasi+curry+ayam crispy+sayur carrot n potato

DAY 4 - 8/10/2018
🔎Pindah hotel APA Shinjuku Gyoemmae
🔎Gundam - cancel
🔎Odaiba Statue - cancel
🔎Imperial Place - cancel
🔎Tokyo Tower - cancel

Harini kami pindah hotel di APA Shinjuku-Gyoemmae Hotel. Tujuan pindah sebab esok nak pergi Mount Fuji. Bas jam 9.05pagi. Stesen bas dekat area shinjuku..dalam 10min jalan kaki. Kenapa kena pindah? Sebab kalau stay jauh yang melibatkan korang kena naik train pagi2 buta dengan luggage gedabak2 tu..nak berebut dengan orang jepun pagi2 nak pergi kerja...korang paham2 lah hehe..jadi kami prefer di hari kejadian tarik beg jalan kaki pergi ke stesen bas.

pindah hotel, gerak jam 11pagi, train xpenuh..hehe


depan hotel

Sepatutnya harini santai2 bergambar2 dengan gundam dan odaiba statue, tapi duit kawan2 ni masih berkepuk2..dorang nak repeat balik harajuku nak shopping dan last kopek shopping dekat shinjuku..ok ler moh. Kakdolly pun malas nak bergambar hahaha

Sebelum repeat tempat sama, kami lunch makan Hanasakajisan - cara nak pergi :
Shibuya station(subway) - exit 14, jalan kaki 3min je (cross jambatan, then jalan lurus-google maps siap2)

kedai dia bawah tanah. Pintu dia agak tersorok sikit, korang cari betul2 ya..

menu lunch. Harga set ni tercekik2 makan tak kenyang hahahaa..5400y = RM199.80 makan 2orang. Daging dan kuah dia sedap! Nak merasa style jepun



Kenyang tak kenyang pun, senyum jelah bayar

Jumpa kedai 2nd LV. Nama kedai Ginzo. Sekitar bandar Shinjuku. Memang laluan utama. Seberang kedai Don Quijote. Tak lah murah sangat pun. Sebab tengah bandar shinjuku haha..keras gak harga










DAY 5 - 9/10/2018
🔎Mount Fuji

Saat paling excited. Semua pun beg dah beranak2 dengan barang shopping. Jam 630pagi kami dah bergerak keluar hotel tarik beg menuju ke stesen bas. 10min jalan kaki..hirup udara segar..

thank you bapak..susah2 aja

Bas kami gerak jam 9.05pagi, 10min sebelum bas da sampai..Ok punctual. Perjalanan ambil masa 2jam lebih..Dalam bas zzzzzzzz hahaha.

ni tiket bus



dalam bas

dah sampai..stesen kawaguchiko

Jejak je kaki kat stesen kawaguchiko ni, benda 1st korang  kena buat pergi tourist center dia, dekat situ jugak. Korang amek Maps perjalanan. Sini sonang nak hapal bas apa korang nak naik. Dia ada color merah, hijiau dan biru. Dekat Maps tu ada jalur2 color bas. Lepas dah ambik maps, korang pergi beli Pass bas ni..1500y/pax = RM55.50 untuk 2hari. Korang boleh naik bas ni suka hati korang. Kesilapan kitorang, kitorang tak beli sebab plan nak sewa basikal je...kami kerugian teruk uwaaaaaaaaaaaaa...mahal gile tiket bas ni kalau untuk setiap destinasi. Contoh yang berlaku nanti kakdolly story. Jom tengok gambar2 dulu..

kami naik bas color merah ni untuk menuju ke hotel

que please

Inilah maps korang kena amek. Boleh ambil dekat tourist center area situ

kami salah tempat berhenti hahahaha..dah kena menapak


melepaskan lelah lepas salah stesen kihkihkih

Dah la kerugian duit tak beli pass, lepas tu salah stesen pula. Kami ingat bas akan berhenti di setiap stesen, rupanya tidakkkk! korang kena tekan loceng. Jadi itulah gunanya maps. Setiap stesen ada nombor. Hotel kami turun di no.7, tapi kami dah terlajak dan turun di no.9...jalan la kaki 500m mungkin. Ingat kat tokyo je makin mengurus. Sini pun. hahaha. Kami stay di Hotel "SHIKI NO YADO, LAKE KAWAGUCHIKO"

sampai mount fuji nie kak dolly rasa penduduk dia berbeza sgt ngan orang tokyo.. orang sini tak friendly..semualah dari driver bus, kedai makanan halal sampai receptionist hotel memang sangat-sangat tak friendly. rasanya diorg sini dah bosan layan pelancong kot..ragam macam2kan.. dahlah checkin hotel kul 3 petang dan check out kul 10 pagi. sabar jelah. Taknak consider langsung even ada bilik kosong. 

Berbeza dekat tokyo, kami sampai jam 12tengahari, ada bilik kosong dorang bagi je checkin..even checkin jam 2ptg.. thumbs up!! APA Shinjuku Gyoammae!



bertilamkan tatami

Dari stesen kawaguchiko nak ke hotel berhenti di point no.7 150y = RM4.50. Oklah..lepas dah drop beg, tak boleh checkin lagi, kami plan nak amek gambar mount fuji, orang hotel cakap the best view dekat point no.22 (bas merah). Harga nak pergi sana 250y = RM9.25. Lepas tu nak balik kami kena 450y = RM16.65. Bertekak gak dengan driver bas tu..apehal balik mahal nau.hahahah..total kami lost 850y = RM31.45. Terus insof taknak pergi mana2 naik bas. Kalau tahu baik beli pass je 1500y = Rm55.50 tu. Ko boleh naik bas turun naik ke semua tempat. Kami baru pergi 1point je dah RM31.45 habis..uwaaaaaa...layan viwe mount fuji...mount fuji malu2 pulak..

my travel partner

qawi is excited. rindu nuha numa time ni

so scuwittt

view gunung kinabalu jelah hahaha

slimnye sis..kihkih

my baby smurf :)

my hero

we are here...

Perut pun dah lapar. Dekat sini ada satu je tempat makanan halal. Lupa nama kedai nasi beriani tu. Tapi turun dekat point no.11. Berdepan dengan Lawson Mart. Situ jam 5petang baru buka untuk makan. Kalau korang datang awal boleh je order, tapi kena makan luar. Jadi kami picnic kat tepi tasik. Heaven beb!



rezeki qawi dilayan 3mak 3bapak

Dinner malam kami melantak maggi je. Dekat tokyo tak sempat nak layan maggi. Jadi kenduri maggi kami malam tu.haha. Hotel2 di jepun memang sediakan baju2 style jepun ni. Masa stay kat tokyo tak sempat nak melaram. Jadi malam ni, semua pakat pakai..hahaha..sambil makan..wow sangat..kahkahkah.

maggi time!

layan main baseball malam dekat sebelah hotel

mereka sahaja ada gambar bertiga. Kami bini2 xde langsung haih..


DAY 6 - 10/10/2018
🔎Mount Fuji

Pagi yang indah..5pagi dah bangun..sini dah terang dah. Lepas solat, terus bangun nak cari mount fuji..mana tahu dia munculkan diri. 

jalan2 nak menuju ke lake kawaguchiko, pakcik ni tengah tiup seruling.. pergh..macam cerita kampung2 jepun tu muzik dia..lepak jap

mount fuji munculkan diri...subhanallah :')

qawi tidur lagi kat hotel, jadi kami keluar berdua cari ketenangan..thank you auntie erin n anis jagakan hehe

mount fuji :')

mount fuji dah nak nyorok lagi....thank you Allah. dapat tengok :')

Jam 10pagi kami dah checkout hotel, flight balik KL kami jam 9.40malam. Kami ambil bas balik dari stesen kawaguchiko → stesen shinjuku jam 315petang. Jadi masa banyak lagi, kitorang nak round2 lake kawaguchiko naik basikal. Syok woo layan naik basikal dengan view indah dan tenang dekat mount fuji. Benda wajib korang kena buat. Saya amat cadangkan korang tido lah sini 1malam..syahdu beb! sini memang kampung kecik je..dorang hormati pemandu basikal.. Meh lanje gambar2 meletop!

sewa rate basikal 
1jam : 400y = RM14.80
1hari : 1500y = RM55.50
(kami sewa sejam ++ je)

dekat sini daun dah start kuning oren2 :)




pakai baju MALAYSIA. thank you daus n anis sponsor :)

kalau kat sini, memang mini mart gini jadi best nak pergi haha. kat malaysia kemain seram nak masuk..lagi2 kalau bawa anak (takut kene pau kinder joy)

dekat airport Narita ada banyak makanan halal. Korang datang airport awal. Tempat solat semua selesa :) good job Narita Airport Jepun. Muslim friendly!

Alhamdulillah, perjalanan smooth..kami pun selamat touch down MALAYSIA. Qawi dalam flight tak nak tidur...sampai je tempat nak collect luggage, time tula dia tidur..haha

ITINERARI KAKDOLLY
DAY 1
-Sampai malam, terus checkin rest

DAY 2
-Beli tix mount fuji di Shinjuku
-Ginza
-Harajuku
-Shibuya

DAY 3
-Ueno
-Asakusa
-Akihabara

DAY 4
-Imperial Place
-Tokyo Tower
-Gundam dan Odaiba Statue
-Shinjuku

DAY 5
-Mount fuji

DAY 6
-mount fuji
-balik malaysia

KOS SEPANJANG PERJALANAN (2dewasa 1baby)
1. Tiket penerbangan MAS - RM1229 x 2orang + RM250(baby) = RM2708
2. Hotel APA Nippori 3h2m - RM752.08
3. Hotel APA Shinjuku-Gyommae 2h1m - RM339.82
4. Hotel Shiki No Yado Mt Fuji 2h1m - RM393.37
5. Skyliner return + Unlimited 3days pass - RM210 x 2orang = RM420 (beli di HIS TRAVEL-www.histravel.com)
6. Axa Insuran Travel - RM97.50 (2dewasa 1baby-family)
7. Pocket wifi roaming man - RM84 (rm12/day-www.roamingman.com)
8. Tiket bus mount fuji return - 3500y x 2orang = RM259
9. Sewa basikal di mount fuji - 400y x 2basikal = RM29.60
10. Bas di mount fuji - 850y x 2orang = RM62.90
11. Makan sepanjang disana sehari RM200 x 6hari = RM1200
12. Beli2 makan dekat malaysia RM50 (3in1 air, roti, jem, biskut, keropok)
13.  Shopping rahsia lah yer...hahaha

TOTAL 2dewasa 1baby RM6396.27
TOTAL 1pax = RM3198.14

Kos kakdolly taknak bit2 siapa paling murah. Sama macam kakdolly buat krabi hahaha..kita buat kos ikut bajet kita dan apa kita nak dalam trip yang kita create. Semua nak murah, takyah travel kihkihkih.

Kalau pakej ke Tokyo 5h4m biasanya agensi buat. Dan 5h4m memang cover tokyo je dalam RM1999-3199 (semuanya bergantung flight apa, hotel/aparment, lokasi yang pergi). Kalau ada offer rm1999 tu, rembat je nak oii..kihkih..tu offer namanya. 

TIPS SEPANJANG DISANA
1. Takyah bawa beras nak masak. Sana korang beli instant rice brand family mart. 100y = RM3.70. Sedap dan kenyang. Nanti minta cashier tu panaskan.
gambar ihsan google. Kakdolly lupa nk snap hehe

2. Bawa bekalan segala mak nenek sambal kegemaran korang + ikan bilis. Untuk santapan bersama nasi instant korang beli.

3. Baju tidur xyah bawak. hahaha..semua hotel kakdolly stay sediakan baju jepun tu. Sebelum kuar, minta orang hotel tukar baru.
baju tidur kihkih

4. Kasut wajib oiii..labur sikit duit beli kasut original skecher ke, nike ke..yang penting selesa tahap camgini! baru emosi stabil nak jalan..

5. Baju jalan pun dinasihatkan takyah bawa banyak2. Korang shopping jelah UNIQLo kat ginza 12tingkat tu. Murah dari malaysia (bagi yang plan nk shopping lah). Kakdolly tetap bawa baju 6helai. hahaha..sebab tak berniat nk shopping baju.

6. Sana makan memang SUPER mahal disebabkan currency kita dengan jepun. 1set menu paling murah 950y = RM35.15 (tu pun maggi kahkahkah). Kalau nasi coco curry tu dapatlah 1000y++ = RM37++. Kenyang senang hati. Kalau set jepun2 2700y = RM99.90..tercekik2 makan kihkihkih. Kami makan siang je kat luar. Malam kami beli instant rice dan makan bekalan dari msia (sambal pedas+ikan bilis..padu beb!)
950y = RM35.15

nasi curry 1100y = RM40.70

style jepun 1set 2700. gambar ni saya book 2set 5400y = RM199.80

7. Family mart melambak sana. Jalan sikit jumpa, jalan sikit jumpa. Dalam tu boleh la beli air Van Houten, pisang, biskut kapal, puding, icecream super sedap! (ni semua kawan kakdolly islam stay kat osaka bagitahu (thank you boy)
this one super sedappppp...ice cream vanila mochi2

tiap waktu beli..130y rasanya = RM4.81

van houten 220y kot..lupa dah = RM8.14

puding caramel cari rupa ni ya..rupa lain tak halal. harga xingat. sedap..kawan kak dolly yang duk kat osaka rekemen. must try!

pisang hahaha..kawan kakdolly hantu pisang 108y = RM3.99
biskut kapal. My fav is black (suka dark choc). tapi fav orang ramai yg biru tu..
106y = RM3.92 (orang cakap ada tempat borong murah dekat harajuku, kakdolly dah pergi kedai tu, dia cakap takde dah offer. Kena beli dekat family mart jeeee..)

kalau korang nak bagi orang souvenir, boleh la bagi biskut kapal ni..keychain takyah membazir je..orang buang. 

8. paling penting nak cari kawan travel. Pastikan sama2 buat kerja, kalau dia jenis tak goggle jalan, tak buat iti, at least dia rajin masak, siapkan breakfast..kalau jenis tak masak, tak rajin goggle, tapi ringan tulang tolong angkat barang kawan2. Kalau semua benda dia tak boleh. Yang dia tahu DIVA, snap gambar sana sini, dia sorang je buat live, update pesbuk. Better say dont awal2 hhahahaha.. perangai gitu suh dia pergi PAKEJ je. Goyang kaki 😉

Sekian sharing dari kakdolly..kakdolly saving untuk ke jepun ni RM10k. Total habis RM6396.27(2dewasa 1baby). Ada baki RM3603.73..hehe. Guna untuk shopping, lebih carryforwrd ke next holiday! HONGKONG DISNEYLAND 2019 bawa anak2 semua in sha allah :)

Cara saving kakdolly boleh baca post saya kat facebook. klik sini ↓

salam sayang 👄
kakdollytravel

FB : sarah sakinah kakdolly
Fb Page : Kakdolly
IG : sarah sakinah kakdolly
IG bisnes : Kakdolly

































BAJET DAN ITINERARI KE TOKYO, JAPAN

NEGARA MATAHARI TERBIT 6H5M (5-10/10/2018) Trip ke Tokyo, Japan dirancang 2017, tunggu punya tunggu offer, akhirnya MAS buat offer te...