dak2 skechers ahhaah..beli kat sini siap dapat beg kasut ni.
ni lah satu2 nye kedai kami jumpa jual 2nd. Tp harga tak ngam sangat..mahal sikit
qawi dah boring dalam stroller, jadi panjat2 la papa..
amboi bang mata tu...
🔎Gundam - cancel
🔎Odaiba Statue - cancel
🔎Imperial Place - cancel
🔎Tokyo Tower - cancel
Harini kami pindah hotel di APA Shinjuku-Gyoemmae Hotel. Tujuan pindah sebab esok nak pergi Mount Fuji. Bas jam 9.05pagi. Stesen bas dekat area shinjuku..dalam 10min jalan kaki. Kenapa kena pindah? Sebab kalau stay jauh yang melibatkan korang kena naik train pagi2 buta dengan luggage gedabak2 tu..nak berebut dengan orang jepun pagi2 nak pergi kerja...korang paham2 lah hehe..jadi kami prefer di hari kejadian tarik beg jalan kaki pergi ke stesen bas.
pindah hotel, gerak jam 11pagi, train xpenuh..hehe
depan hotel
Sepatutnya harini santai2 bergambar2 dengan gundam dan odaiba statue, tapi duit kawan2 ni masih berkepuk2..dorang nak repeat balik harajuku nak shopping dan last kopek shopping dekat shinjuku..ok ler moh. Kakdolly pun malas nak bergambar hahaha
Sebelum repeat tempat sama, kami lunch makan Hanasakajisan - cara nak pergi :
Shibuya station(subway) - exit 14, jalan kaki 3min je (cross jambatan, then jalan lurus-google maps siap2)
kedai dia bawah tanah. Pintu dia agak tersorok sikit, korang cari betul2 ya..
menu lunch. Harga set ni tercekik2 makan tak kenyang hahahaa..5400y = RM199.80 makan 2orang. Daging dan kuah dia sedap! Nak merasa style jepun
Kenyang tak kenyang pun, senyum jelah bayar
Jumpa kedai 2nd LV. Nama kedai Ginzo. Sekitar bandar Shinjuku. Memang laluan utama. Seberang kedai Don Quijote. Tak lah murah sangat pun. Sebab tengah bandar shinjuku haha..keras gak harga
DAY 5 - 9/10/2018
🔎Mount Fuji
Saat paling excited. Semua pun beg dah beranak2 dengan barang shopping. Jam 630pagi kami dah bergerak keluar hotel tarik beg menuju ke stesen bas. 10min jalan kaki..hirup udara segar..
thank you bapak..susah2 aja
Bas kami gerak jam 9.05pagi, 10min sebelum bas da sampai..Ok punctual. Perjalanan ambil masa 2jam lebih..Dalam bas zzzzzzzz hahaha.
ni tiket bus
dalam bas
dah sampai..stesen kawaguchiko
Jejak je kaki kat stesen kawaguchiko ni, benda 1st korang kena buat pergi tourist center dia, dekat situ jugak. Korang amek Maps perjalanan. Sini sonang nak hapal bas apa korang nak naik. Dia ada color merah, hijiau dan biru. Dekat Maps tu ada jalur2 color bas. Lepas dah ambik maps, korang pergi beli Pass bas ni..1500y/pax = RM55.50 untuk 2hari. Korang boleh naik bas ni suka hati korang. Kesilapan kitorang, kitorang tak beli sebab plan nak sewa basikal je...kami kerugian teruk uwaaaaaaaaaaaaa...mahal gile tiket bas ni kalau untuk setiap destinasi. Contoh yang berlaku nanti kakdolly story. Jom tengok gambar2 dulu..
kami naik bas color merah ni untuk menuju ke hotel
que please
Inilah maps korang kena amek. Boleh ambil dekat tourist center area situ
kami salah tempat berhenti hahahaha..dah kena menapak
melepaskan lelah lepas salah stesen kihkihkih
Dah la kerugian duit tak beli pass, lepas tu salah stesen pula. Kami ingat bas akan berhenti di setiap stesen, rupanya tidakkkk! korang kena tekan loceng. Jadi itulah gunanya maps. Setiap stesen ada nombor. Hotel kami turun di no.7, tapi kami dah terlajak dan turun di no.9...jalan la kaki 500m mungkin. Ingat kat tokyo je makin mengurus. Sini pun. hahaha. Kami stay di Hotel "SHIKI NO YADO, LAKE KAWAGUCHIKO"
sampai mount fuji nie kak dolly rasa penduduk dia berbeza sgt ngan orang tokyo.. orang sini tak friendly..semualah dari driver bus, kedai makanan halal sampai receptionist hotel memang sangat-sangat tak friendly. rasanya diorg sini dah bosan layan pelancong kot..ragam macam2kan.. dahlah checkin hotel kul 3 petang dan check out kul 10 pagi. sabar jelah. Taknak consider langsung even ada bilik kosong.
Berbeza dekat tokyo, kami sampai jam 12tengahari, ada bilik kosong dorang bagi je checkin..even checkin jam 2ptg.. thumbs up!! APA Shinjuku Gyoammae!
bertilamkan tatami
Dari stesen kawaguchiko nak ke hotel berhenti di point no.7 150y = RM4.50. Oklah..lepas dah drop beg, tak boleh checkin lagi, kami plan nak amek gambar mount fuji, orang hotel cakap the best view dekat point no.22 (bas merah). Harga nak pergi sana 250y = RM9.25. Lepas tu nak balik kami kena 450y = RM16.65. Bertekak gak dengan driver bas tu..apehal balik mahal nau.hahahah..total kami lost 850y = RM31.45. Terus insof taknak pergi mana2 naik bas. Kalau tahu baik beli pass je 1500y = Rm55.50 tu. Ko boleh naik bas turun naik ke semua tempat. Kami baru pergi 1point je dah RM31.45 habis..uwaaaaaa...layan viwe mount fuji...mount fuji malu2 pulak..
my travel partner
qawi is excited. rindu nuha numa time ni
so scuwittt
view gunung kinabalu jelah hahaha
slimnye sis..kihkih
my baby smurf :)
my hero
we are here...
Perut pun dah lapar. Dekat sini ada satu je tempat makanan halal. Lupa nama kedai nasi beriani tu. Tapi turun dekat point no.11. Berdepan dengan Lawson Mart. Situ jam 5petang baru buka untuk makan. Kalau korang datang awal boleh je order, tapi kena makan luar. Jadi kami picnic kat tepi tasik. Heaven beb!
rezeki qawi dilayan 3mak 3bapak
Dinner malam kami melantak maggi je. Dekat tokyo tak sempat nak layan maggi. Jadi kenduri maggi kami malam tu.haha. Hotel2 di jepun memang sediakan baju2 style jepun ni. Masa stay kat tokyo tak sempat nak melaram. Jadi malam ni, semua pakat pakai..hahaha..sambil makan..wow sangat..kahkahkah.
maggi time!
layan main baseball malam dekat sebelah hotel
mereka sahaja ada gambar bertiga. Kami bini2 xde langsung haih..
DAY 6 - 10/10/2018
🔎Mount Fuji
Pagi yang indah..5pagi dah bangun..sini dah terang dah. Lepas solat, terus bangun nak cari mount fuji..mana tahu dia munculkan diri.
jalan2 nak menuju ke lake kawaguchiko, pakcik ni tengah tiup seruling.. pergh..macam cerita kampung2 jepun tu muzik dia..lepak jap
mount fuji munculkan diri...subhanallah :')
qawi tidur lagi kat hotel, jadi kami keluar berdua cari ketenangan..thank you auntie erin n anis jagakan hehe
mount fuji :')
mount fuji dah nak nyorok lagi....thank you Allah. dapat tengok :')
Jam 10pagi kami dah checkout hotel, flight balik KL kami jam 9.40malam. Kami ambil bas balik dari stesen kawaguchiko → stesen shinjuku jam 315petang. Jadi masa banyak lagi, kitorang nak round2 lake kawaguchiko naik basikal. Syok woo layan naik basikal dengan view indah dan tenang dekat mount fuji. Benda wajib korang kena buat. Saya amat cadangkan korang tido lah sini 1malam..syahdu beb! sini memang kampung kecik je..dorang hormati pemandu basikal.. Meh lanje gambar2 meletop!
sewa rate basikal
1jam : 400y = RM14.80
1hari : 1500y = RM55.50
(kami sewa sejam ++ je)
dekat sini daun dah start kuning oren2 :)
pakai baju MALAYSIA. thank you daus n anis sponsor :)
kalau kat sini, memang mini mart gini jadi best nak pergi haha. kat malaysia kemain seram nak masuk..lagi2 kalau bawa anak (takut kene pau kinder joy)
dekat airport Narita ada banyak makanan halal. Korang datang airport awal. Tempat solat semua selesa :) good job Narita Airport Jepun. Muslim friendly!
Alhamdulillah, perjalanan smooth..kami pun selamat touch down MALAYSIA. Qawi dalam flight tak nak tidur...sampai je tempat nak collect luggage, time tula dia tidur..haha
ITINERARI KAKDOLLY
DAY 1
-Sampai malam, terus checkin rest
DAY 2
-Beli tix mount fuji di Shinjuku
-Ginza
-Harajuku
-Shibuya
DAY 3
-Ueno
-Asakusa
-Akihabara
DAY 4
-Imperial Place
-Tokyo Tower
-Gundam dan Odaiba Statue
-Shinjuku
DAY 5
-Mount fuji
DAY 6
-mount fuji
-balik malaysia
KOS SEPANJANG PERJALANAN (2dewasa 1baby)
1. Tiket penerbangan MAS - RM1229 x 2orang + RM250(baby) = RM2708
2. Hotel APA Nippori 3h2m - RM752.08
3. Hotel APA Shinjuku-Gyommae 2h1m - RM339.82
4. Hotel Shiki No Yado Mt Fuji 2h1m - RM393.37
5. Skyliner return + Unlimited 3days pass - RM210 x 2orang = RM420 (beli di HIS TRAVEL-www.histravel.com)
6. Axa Insuran Travel - RM97.50 (2dewasa 1baby-family)
7. Pocket wifi roaming man - RM84 (rm12/day-www.roamingman.com)
8. Tiket bus mount fuji return - 3500y x 2orang = RM259
9. Sewa basikal di mount fuji - 400y x 2basikal = RM29.60
10. Bas di mount fuji - 850y x 2orang = RM62.90
11. Makan sepanjang disana sehari RM200 x 6hari = RM1200
12. Beli2 makan dekat malaysia RM50 (3in1 air, roti, jem, biskut, keropok)
13. Shopping rahsia lah yer...hahaha
TOTAL 2dewasa 1baby RM6396.27
TOTAL 1pax = RM3198.14
Kos kakdolly taknak bit2 siapa paling murah. Sama macam kakdolly buat krabi hahaha..kita buat kos ikut bajet kita dan apa kita nak dalam trip yang kita create. Semua nak murah, takyah travel kihkihkih.
Kalau pakej ke Tokyo 5h4m biasanya agensi buat. Dan 5h4m memang cover tokyo je dalam RM1999-3199 (semuanya bergantung flight apa, hotel/aparment, lokasi yang pergi). Kalau ada offer rm1999 tu, rembat je nak oii..kihkih..tu offer namanya.
TIPS SEPANJANG DISANA
1. Takyah bawa beras nak masak. Sana korang beli instant rice brand family mart. 100y = RM3.70. Sedap dan kenyang. Nanti minta cashier tu panaskan.
gambar ihsan google. Kakdolly lupa nk snap hehe
2. Bawa bekalan segala mak nenek sambal kegemaran korang + ikan bilis. Untuk santapan bersama nasi instant korang beli.
3. Baju tidur xyah bawak. hahaha..semua hotel kakdolly stay sediakan baju jepun tu. Sebelum kuar, minta orang hotel tukar baru.
baju tidur kihkih
4. Kasut wajib oiii..labur sikit duit beli kasut original skecher ke, nike ke..yang penting selesa tahap camgini! baru emosi stabil nak jalan..
5. Baju jalan pun dinasihatkan takyah bawa banyak2. Korang shopping jelah UNIQLo kat ginza 12tingkat tu. Murah dari malaysia (bagi yang plan nk shopping lah). Kakdolly tetap bawa baju 6helai. hahaha..sebab tak berniat nk shopping baju.
6. Sana makan memang SUPER mahal disebabkan currency kita dengan jepun. 1set menu paling murah 950y = RM35.15 (tu pun maggi kahkahkah). Kalau nasi coco curry tu dapatlah 1000y++ = RM37++. Kenyang senang hati. Kalau set jepun2 2700y = RM99.90..tercekik2 makan kihkihkih. Kami makan siang je kat luar. Malam kami beli instant rice dan makan bekalan dari msia (sambal pedas+ikan bilis..padu beb!)
950y = RM35.15
nasi curry 1100y = RM40.70
style jepun 1set 2700. gambar ni saya book 2set 5400y = RM199.80
7. Family mart melambak sana. Jalan sikit jumpa, jalan sikit jumpa. Dalam tu boleh la beli air Van Houten, pisang, biskut kapal, puding, icecream super sedap! (ni semua kawan kakdolly islam stay kat osaka bagitahu (thank you boy)
this one super sedappppp...ice cream vanila mochi2
tiap waktu beli..130y rasanya = RM4.81
van houten 220y kot..lupa dah = RM8.14
puding caramel cari rupa ni ya..rupa lain tak halal. harga xingat. sedap..kawan kak dolly yang duk kat osaka rekemen. must try!
pisang hahaha..kawan kakdolly hantu pisang 108y = RM3.99
biskut kapal. My fav is black (suka dark choc). tapi fav orang ramai yg biru tu..
106y = RM3.92 (orang cakap ada tempat borong murah dekat harajuku, kakdolly dah pergi kedai tu, dia cakap takde dah offer. Kena beli dekat family mart jeeee..)
kalau korang nak bagi orang souvenir, boleh la bagi biskut kapal ni..keychain takyah membazir je..orang buang.
8. paling penting nak cari kawan travel. Pastikan sama2 buat kerja, kalau dia jenis tak goggle jalan, tak buat iti, at least dia rajin masak, siapkan breakfast..kalau jenis tak masak, tak rajin goggle, tapi ringan tulang tolong angkat barang kawan2. Kalau semua benda dia tak boleh. Yang dia tahu DIVA, snap gambar sana sini, dia sorang je buat live, update pesbuk. Better say dont awal2 hhahahaha.. perangai gitu suh dia pergi PAKEJ je. Goyang kaki 😉
Sekian sharing dari kakdolly..kakdolly saving untuk ke jepun ni RM10k. Total habis RM6396.27(2dewasa 1baby). Ada baki RM3603.73..hehe. Guna untuk shopping, lebih carryforwrd ke next holiday! HONGKONG DISNEYLAND 2019 bawa anak2 semua in sha allah :)
Cara saving kakdolly boleh baca post saya kat facebook. klik sini ↓
salam sayang 👄
kakdollytravel
FB : sarah sakinah kakdolly
Fb Page : Kakdolly
IG : sarah sakinah kakdolly
IG bisnes : Kakdolly
assalam kak dolly..nice iti!! nak tanya sana tempat reacheble x guna subway? mcm di korea diorang guna t money mcm touch n go..jepun kak dolly kiranya pakai pass trail tu ya? satu lagi dia ada pass untuk tourist x? sya plan nak g next year sbb taun ni abes bajet balik seoul ni..tq kak dolly!! banyak info dlam blog
ReplyDeletetokyo nie terlalu byak jenis subway..some place tak connect. subway A kena cross subway C. jadi sy prefer beli tiket subway di sana je..
Deleteassalam kak dolly..nice iti!! nak tanya sana tempat reacheble x guna subway? mcm di korea diorang guna t money mcm touch n go..jepun kak dolly kiranya pakai pass trail tu ya? satu lagi dia ada pass untuk tourist x? sya plan nak g next year sbb taun ni abes bajet balik seoul ni..tq kak dolly!! banyak info dlam blog
ReplyDeleteWow your article is very good and very nice. I am happy to be able to read your blog. Thank you for sharing your vacation experiences and knowledge here. en.balijetaime.com
ReplyDeletetq sis
ReplyDelete