TRIP BAJET KE KRABI, THAILAND


PERCUTIAN KE KRABI 😍


itinerary ringkas secara bergambar. korang selalu tak paham kan..nah saya lukis 😁


Nak decide sesuatu tempat dengan rombongan mak jemah ni memang mencabar. Nak cek tarikh lagi, cek jadual kerja makpak lagi..dan finally kami decide cuti sekolah bulan 8/2018. Rombongan seramai 25org..16dewasa 7kanak2 (2-12thn) dan 2baby. Date 18-21/8/2018. 

Flight pilihan Airasia (nak mur mur kan)hahaha tapi tak mur mur juga..kami book 2bulan sebelum hukhuk..Airasia dan mana2 airlines nak beli dia ada kuota max dia. Sekali beli 9pax je, then kena akses lagi sekali 9pax dan seterusnya. Date kami pun cuti sekolah&public holidayyyyyy. Jadi itu lah hasilnya πŸ˜…Tiket harga yang saya dapat :

-13orang dapat RM261.90/pax return
-8orang dapat RM341.40/pax return
-2orang dapat rm576/pax return (ni memang last minit nak ikut hehe. beli lagi 1minggu nak fly)
-tiket baby fix price RM100/pax return

Berapa harga offer mur mur airasia? Jika korang beli 1tahun awal (free seat offer), ke krabi boleh dapat bawah rm100/pax return. Kalau tibe2 ada offer, korang jumpa bawah rm200/pax return tu rembat je. Harga ok sangat. Kalau jumpa tiket between rm200-250/pax return fly tempoh 2-5bulan, ok harga πŸ˜‰. Kalau jumpa atas rm250/pax return tu harga normal ke krabi. Makin lambat korang beli, makin mencanak naik sehingga rm600++ return.

Tiket penerbangan kami pilih terbang jam 705am. Jam 330pagi kami dah bergerak dari rumah. Jam 400pagi dah ada di KLIA2. Datang 3jam awal. Kenapa kena datang awal? sebabnya :
1. Document Verification (kena verify boarding pass+passport dekat kaunter "Document verification". Sila beratur, jangan menggatal nak potong que 😠)
2. Bagi yang nak drop luggage, kena self drop. Print tag bag di mesin di klia2/diweb pun boleh, kemudian beratur untuk drop luggage. Ada mesin disana, keyin booking no dan drop.

Proses2 ini ambik masa dekat 1jam. Ada staff yang jaga, bertanya pada staff airasia di jika tak tahu..staff tu akan layan korang..jika dia tak layan, korang bagi la dia air starbucks. Sis tengok penat dia layan orang. hahahaha.

Selesai drop luggage, kami segerombolan berjalan masuk. Proses nak sampai ke gate atleast makan masa 1jam. Sorang2 saya da inform, pegang passport masing2..tengok je apa orang depan buat. Nak lalu imigresen dan kastam. Segala mak nenek barang kena scan. Sebab time ni dah start berpecah. Tak perlu beratur segerombolan. Beratur je mana2 kaunter yang bukak. Nanti tunggu depan..smp gate nak masuk kapalterbang, kami solat subuh siap2. Mase ni jam dah 6am..boarding jam 625am, jadi sempat lagi nak solat. Korang bayangkan kalau korang datang lambat. Mau kelibut. Sebab tu airasia dah tekankan 3-4jam sebelum. Sebab bukan korang je terbang waktu tu, ramai lagi orang 😜

PERSEDIAN SEBELUM KE KRABI
hehehe 😁xyah la beriye...krabi makanan halal bersepah. Kalau nak bawa bekal, bawa la makanan wajib travel..MAGGI..anak saya kalau nak travel dorang suka sebab boleh makan maggi πŸ™ˆtapi kat malaysia, kalau mak dia malas masak pun, maggi mak dia bagi kihkih..apa yang korang kena prepare adalah :

-passport pastikan valid 6bln dari tarikh terbang
-sunblock 50spf -xkesah la brand apa, asalkan 50spf
-selipar (xyah pakai kasut hehe..sana pantai dan santai2 je)
-toys untuk main pasir (saya memang ada, jadi bawa jela...takkan setiap kali g pulau kene beli negara sana, bengkok duit mak hahahah..tapi kat sana bersepah orang jual)
-pelampung (mandi pool)

trip anak2 memang gini lah. kalau trip muda mudi, memang sonang...

18/8/2018 - Day 1
Wehuuuu!!! Kami selamat landing di airport krabi jam 735am. Waktu thailand adalah lewat 1jam. Jadi setiap kali korang sampai ke negara orang, kita cerita waktu sana. Jangan campur adukkan waktu malaysia. Nanti pening. Set terus dekat hp korang. Waktu solat pun sama. Download sesiap waktu solat thailand. Dia awal dari malaysia.

Proses melepasi kastam alhamdulillah smooth. Yang sangkut family akak je..hehe. Dia buat passport berkumpulan. 1passport kongsi 5org (mak dan 5anak). Thailand dan singapore boleh buat passport berkumpulan ya. Apapun semuanya lepas. Kena pastikan nama yang ada dalam passport berkumpulan pergi dan balik WAJIB orangnya ikut. Kalau sorang tiba2 cancel, passport berkumpulan tu tak valid. Harga passport berkumpulan ni RM200 utk sekali masuk sahaja. Kalau korang takde passport dan ada min 5orang plan nak pergi. Jimatlah buat gini. Syarat min 5orang, baru boleh buat passport berkumpulan.

Benda pertama yang saya cari mestilah simcard tourist. 100bath untuk 7hari unlimited data + free call utk local (tapi kami buat video call whatsapp je kalau berpecah). Selama 4h3m. Internet superb! masuk 4pulau pun ada internet siap boleh Live. Lepas korang setel ambil beg, nanti cari je company ni. Ada banyak compny simcard. Ada saya jumpa 99bath..hehe. malas sy nak ambil baki syiling 1bath tu. Jadi kita choose company jual 100bath jela.

kami book van ni 1500bath return (10seat-kids boleh la sumbat2 riba). Seat die besar dan selesa. Kami ada 16dewasa 7kanak2 2baby. Jadi kami book 2van 3000bath return. Selesa dan besar dan sejuk aircond yang penting πŸ™ˆ

Perjalanan dari airport krabi ke hotel 36min (25km). Mata nak tidur, tapi rugi tak tengok view sepanjang perjalanan kan kan. Suasana krabi ni macam kampung. Dia bukan bandaraya. Bandaraya thailand  adalah di bangkok. Bangkok memang busy. Saya tengok krabi ni persis langkawi..






Kami memilih Miti Aonang Resort. Hotel ni dekat area pekan aonang. Saya ada survey hotel lain. Memang berkenan, tapi mahal sikit huhu..senarai hotel lebih dekat dengan pekan aonang, korang boleh try :
-kokotel hotel
-aonang beach resort
-icon 8 (sebelah night market aonang jeee)
-aree tara
-thepalacehotel

Kami sampai je, tak boleh checkin lagi, jadi kami dibenarkan drop luggage dekat bilik khas simpanan beg. Bilik tu mereka kunci. Jadi kami pergi jalan2 pekan aonang..sambil tu survey tiket ke 4pulau dan elephant trekking. Lepas tu pergi lunchhhhhhh! Tak sabar nak rasa lauk tomyam pure thailand!


Banyak company sepanjang pekan aonang ni. Nak survey semua memang malas. Tips dia stick je dengan 1company untuk semua pakej. Deal sampai jadi. Means harga yang kita nak dan logik seperti yang kita dah baca orang2 lain share harga. Kami decide book kat minah thai ni. Harga kami dapat seperti berikut :

1. 4pulau 7500bath (railey beach, chicken island, poda island dan tub island)
-private long tail boat
-tak campur orang luar (kami pilih private coz kami pun dah 25orang, jadi malas nak campur group lain)
-siap lunch 1x
-national fee tak termasuk. tak wajib pergi sebab kami group private. Boleh decide.

Even dia cakap 4pulau, 2pulau je sebenarnya bayaran tu (railey beach dan chicken island-snorkeling dekat sini), lagi 2pulau(tub island dan poda island) nak pergi kene bayar national fees. Boleh bayar kemudian kalau tiba2 nak pergi, cakap je dengan orang bawa boat tu. Nanti bayar je dekat dia.

Apa tu national fees? Bayaran yang dikenakan oleh pihak kerajaan thailand bagi menjaga kebersihan pulau dan keselamatan pelancong dipulau itu.

**Ini harga 4pulau kalau campur group lain
-350bath dewasa, 250bath kanak2
-tak termasuk national fees. harga national fees 400bath/pax, kanak2 200bath/pax. korang WAJIB bayar. Sebab join group, semua kena pergi dan bayar.

2.Elephant trekking
-private jugak
-dewasa 350bath, kanak2 4-11thn 250bath 
Nego : nego sampai jadi, kanak2 7-12thn je bayar, bawah 6thn kami minta free hehe

Lepas dah bayar full payment, kami terus cari makan. 


Bila travel dengan famili besar ni, semua tempat nak bergambar..bus stop pun nak hahaha 😝. 1st day, kami makan lunch dekat BAMBOO. Tomyam sedap! Gambar? takde...ahahah semua kelaparan teruk πŸ™ˆ

Malam kami ke Night Market Krabi Town. Perjalanan 23min (17km) dari hotel. Kami book van yang sama hantar kami dari airport. Harga 800bath 1van return. Jadi 2van 1600/bath return. Kami saja2 tanya driver tu, malam ni hantar kami ke night market krabi town berapa bayar? mula2 dia cakap 1000bath 1van return. Nego punya nego, dia bagi last 800bath return 1van. Jadi my husband cakap, ok i survey dulu, kalau u punya paling murah, i book terus. Sebelum kami book dengan driver airport transfer, kami survey dekat pekan aonang. Mak aih paling murah pun 1000bath return 1van. Penat minta diskaun. Taknak bagi, last2 kami call driver airport tu utk book dengan dia. Jadi betul la dia punya murah kottttt. hahahha sebab tak jumpa yang boleh bagi murah dari dia.

Night Market Krabi Town operasi :
Jumaat - Ahad sahaja
6pm-11pm


 Ingat tau, night market krabi town ni beroperasi Jumaat-Ahad jam 6pm-11pm je.

Siapa nak buat passport holder, better buat dekat sini. Murah. Dekat pekan aonang rata2 100bath+50bath logo. kalau dekat night market aonang 100bath passport + 20bath logo. Saya ni asik terlalu nak survey je. Last2 dapat mahal hahaha..buat dekat pekan aonang 1passport, dan dekat night market aonang 1passport. 


ni passport holder saya..hehehe

baby nenas
pancake banana nutella. rasa mcm roticanai hahaha. orang cakap dekat pekan aonang yang crispy!

takoyakiiiiiii..make sure cari logo halal tau



19/8/2018 - Day 2




Jam 845pagi lori dah sampai. Bagus awal dan punctual πŸ‘πŸΌ. Janji jam 9pagi. Perjalanan nak ke elephant trekking hanya 10min je dari hotel. 





Sepanjang naik gajah ni hehe. Memula excited, tapi bila gajah dah start buat onar, berdebar oiii..gajah saya naik namanya TAMRON. Adui suka betul naik tempat2 tinggi..kalau ada pilihan jalan landai atau batu2 tinggi, dia pilih batu tinggi πŸ˜”gajah2 lain elok je lalu jalan landai. Nasib badan dapat gajah terlebih adventure haha πŸ˜‚

Tapi part yang best, disebabkan gajah saya paling extreme, kami dapat bergambar dekat atas bukit wohoooo. Gajah lain bergambar kat bawah je hehe. Ada hikmah juga yer..

Selesai trip gajah, kami pun balik hotel dan jalan2 pekan aonang cari makan dan time for shopping. Takdelah murah sangat..saya beli passport cover je. Ini je murah dari malaysia haha..100bath passport + 50bath logo + nama free = 150bath. Baju, seluar murah juga dari malaysia, tapi takde rasa nak beli..

20/8/2018 - Day 3
Snorkelling time!!! Al-kisah tragis sepanjang dalam bot 😁ramai muntah2 teruk dalam bot. Orang pertama dan yang tak disangka2 muntah adalah my husband..hahahaha. Punca menyebabkan semua berjangkit muntah2..saya tak pernah muntah kalau masuk pulau turut sama2 join sekaki muntah jugak. Rezeki kami Allah bagi Ombak kuat, angin kuat. Alhamdulillah. Merasa juga 😊Yang penting selamat semuanya. Apapun yang kami semua dapat, itu rezeki yang allah bagi. Kami have fun, siapa buat onar memang kena bahan dalam boat πŸ˜‚
snorkelling dekat chicken island


muka budak2 muntah..no1 tu laki saya. berjangkit2 semua muntah πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


bergambar dulu sebelum naik bot

railey beach. sini ada resort2 mewah. pantai die bersih. anak saya memang suka main pasir. tapi boleh stay sini 1jam je..uwaaaaaaaa

railey beach


Balik dari pulau kami terus balik hotel dan terjun swimmingpoollllll. Rasa kolam swimmingpool lagi best hahahaha. Sambil tu makan nasi yang patutnya kami makan kat pulau. Sebab semua takut nnt muntah balik, jadi kami makan kat depan swimmingpool je..


Malam kami lepak night market Aonang. Sini makan je..Tomyam kung padu beb! Then minum air green tea & Thai tea...pastu somtam..pastu ice cream gulung fuhhhhh. Habis semua makanan halal saya beli. 












Kami pergi waktu ni hari isnin, jadi tak ramai orang. hotel paling dekat adalah icon8. Syok woo makan je haha.cari yang ada logo halal ya..pastu laki pun jeling jeee...kihkihkih...badan gedempol terus stress balik..

Operasi setiap hari
6pm-11pm
(dalam banner cakap jam 5pm, tapi jam 6pm baru semua kedai bukak..5pm dorang masih setup2)

21/8/2018 - Day 4
Hari terakhir, sepatutnya plan nak pergi emerald pool, hot spring..disebabkan bila baca sana kena trekking..terus kami cancel..Jadi kami decide sewa motor dan pusing2 pekan aonang. Makan banana nutella, pergi tepi pantai berdating berdua (anak2 tinggal bilik maklong kejap πŸ™Š)

Betullah pancake banana nutella dekat pekan aonang sedapppp! crispy. kalau korang makan dekan pekan krabi, dia roticanai pisang letak nutella...hehe

Harga sewa motor ni 200bath/day (24jam). Kalau amek 3motor dapatlah 150bath/day. Kalau korang malas nak sewa dekat luar, sewa je dekat hotel 250bath/day. 50bath tu komisen hotel hehe..









Jam 2ptg van airport pun sampai. Macam biasa, mereka sampai awal 10min..πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ. Sampai je airport kami terus drop luggage dan masuk dalam. Di airport krabi ada Surau ya. Jadi boleh solat jamak siap2..solat wajib tau tau. 



Alhamdulillah selamat tiba malaysia jam 735malam..semuanya bergegas untuk pulang ke rumah mertua masing2..hehe. esok raya haji. Tinggallah mak ayah saya beraya berdua di selayang πŸ’ž ada rezeki kita travel lagi gini 😍

KIRAAN BAJET PERGI SENDIRI :
Bajet ke krabi family saya :
2dewasa, 2kanak(4&5tahun), 1baby
currency waktu saya tukar 100bath = rm12.38

1. Flight Airasia RM1306.60
2. Hotel 4h3m Miti Aonang Resort RM207.33
3. Airport transfer RM75
4. Makan RM200
5. Transport sepanjang disana RM75
6. 4pulau RM163.04
7. Elephant RM87.50

TOTAL FAMILY SAYA
= RM2114.47

KIRAAN BAJET AMBIL PAKEJ KAKDOLLY :
Kalau korang amek pakej bukan date cuti sekolah (contoh ikut kirana family saya)
RM799/pax dewasa&6thn keatas x 2orang = RM1598
Kids 2-5thn RM360/pax x 2orang = RM720
Baby RM100
= RM2418 

Add on : 
-makan rm200/family
-elephant rm87.50/family

TOTAL PAKEJ 
=RM2705.50

Beza RM591.03 sahaja utk satu family. Kalau rasa nak jimat rm591.03, boleh la buat iti sendiri dan uruskan sendiri a-z..hehe. Book hotel sendiri, contact airport transfer sendiri, beli tiket sendiri. Kalau serabut pergi PAKEJ je. Goyang kaki..hehe. Korang dok pungpang cakap pakej mahal, baik pergi sendiri..ye dik non..takde orang buat pakej harga sebijik macam hang pergi sendiri. Celah mana orang buat pakej tu nak dapat untung berbayar kalau dia buat pakej macam korang pergi sendiri je..hehe tepuk poket masing2. Pergi pakej korang macam raja tau, semua da siap book :) hehehe

Pakej diwujudkan bukan untuk menyusahkan korang, tapi memudahkan korang punya trip..takyah pikir nak google sana sini :) , nak checkin sana sini, call sana sini transport...ha meh amek pakej..simple as that muah muah 😍

Sekian sharing kakdolly. Pilihan ditangan anda..mana mudah dan mana senang...

Cepat menabung..kerjasama orang yang ikut penting supaya trip korang happy πŸ’ž

Disclaimer :
Kiraan harga bajet diatas bergantung kepada harga tiket+hotel+currency

AKHIR KATA,
Krabi awesome! food awesome! nak datangggg lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!! siapa nak ikut ahhjommmmmm πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„



14 comments:

  1. Hahaha setuju sgt ayat bawah tu. Rata rata cakp bt iti sendiri lg puas hati. Last sekali ikut masa sndiri byk tmpt tak leh pg..

    ReplyDelete
  2. sis..maaf nk tanya..ada contact x driver van tu?tima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf xde contact..sis pegi airport je kaunter2 company transport

      Delete
  3. setahun awal ye booking,teringin juga nk pergi sana klw untuk 5 org berapa harganya untuk package kat atas tu ☝��☝��☝��

    ReplyDelete
  4. Sis nk tnye utk ke pulau passport simpn dimana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasport sentiasa bawak sis..xleh tinggal2..sedikan 1 bek yang kalis air..

      Delete
  5. Salam kak, nak tnye, untuk sewa motor at miti aonang, dorang ade charge deposit x kak? kalau ade berapa ye kak? tq kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. deposit xde..tp diorg akan pegang passport original kita.

      Delete
  6. Salam. Next time elakkanlah naik gajah.

    ReplyDelete
  7. Nk tanya.. Pakej island tu nk dptkn d mne.. Ade contact number x

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy xde contact number..sis pergi je sekitar pantai..byk kaunter2 jual pakej ke island

      Delete

BAJET, TIPS & ITINERARI KE BELITUNG, INDONESIA

Bajet, Itinerari & Tips ke belitung novel ringkasan laskar pelangi Korang pernah tengok tak cerita Laskar Pelangi ni? Seb...